FIRE EXTINGUISHER

FIRE EXTINGUISHER
Merupakan peralatan yang boeleh membantu memadam kebakaran kecil.

Friday, April 24, 2009

Komponen Elektronik



















Komponen Elektronik

Komponen elektronik adalah amat penting untuk menyokong fungsi sesuatu peralatan elektrik di mana setiap komponen elektronik mempunyai fungsi yang berbeza. Komponen elektronik ialah apabila terdapat satu atau lebih bahan elektronik yang terdiri daripada satu atau beberapa unsur materi. Jika ianya disatukan, dipaterikan dan dipanaskan ia akan menghasilkan kesan yang dapat menghasilkan suhu, merubah arus, tegangan, daya listrik dan lain-lain.

Komponen elektronik boleh dikelaskan kepada komponen pasif dan komponen aktif seperti berikut :


Komponen pasif

Komponen pasif tidak memerlukan sebarang input untuk menyokong fungsinya. Ia juga tidak menyumbang kepada gandaan voltan, dan arus. (amplifikasi) kepada suatu litar. Contoh komponen pasif ialah perintang, pemuat dan pearuh.

Komponen aktif

Komponen aktif berbeza dengan komponen pasif di mana ia mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus selain boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialah transistor, diod dan litar bersepadu.


Friday, April 17, 2009

Alatan Tangan.

Pemasangan peralatan elektronik bagi menyiapkan projek elektronik yang ditetapkan memerlukan penggunaan alat-alat yang tertentu. Peralatan ini boleh dibahagikan kepada alatan untuk memotong, menjalur, memasang dan melubang. Antara peralatan yang digunakan adalah seperti berikut :

1. Pena Ujian

Pena ujian adalah satu alat yang penting untuk menguji bekalan elektrik pada soket dinding dan mengesan kebocoran arus elektrik atau wayar hidup. Ia juga dapat membantu dalam melaksanakan kerja-kerja seperti menanggal dan mengetatkan skru kecil. Pena ujian ini mampu dan sesuai digunakan untuk menyukat / mengesan arus elektrik dari 50 – 500 V. Lampu neon yang ada pada pena ujian ini adalah sebagai penanda dan ia akan menyala apabila dikenakan kepada wayar hidup.


2. Pemotong wayar (cutter)

Pemotong wayar digunakan untuk memotong kaki komponen, memotong wayar elektrik dan lebihan wayar pada tamatan. Sesuai digunakan di kawasan yang sempit.

3. Playar Muncung Tirus (long nose player)

Playar ini digunakan untuk memotong wayar dan kaki komponen. Ia juga digunakan untuk membentuk kaki komponen dan muncungnya yang tirus digunakan untuk mengambil dan memegang objek yang kecil di ruang yang sempit.


4. Penjalur Wayar



Alat ini mempunyai dua bahagian yang berbeza fungsi. Mata pemotong dawai digunakan untuk memotong wayar atau dawai dan rahang menanggalkan penebat untuk menjalur wayar/membuang penebat wayar dengan kemas.

5. Pematri (soldering iron)


Merupakan alat yang penting untuk mamateri kaki komponen yang dipasang pada strip board. Soldering iron yang baik adalah yang mempunyai hujung besi yang tirus atau tajam dan kecil. Ini bertujuan bagi mendapatkan hasil kerja yang baik dan kemas. Soldering iron menggunakan voltan 240VAC untuk berfungsi.


6. Penyedut timah (sucker)

Sucker digunakan untuk menyedut lebihan timah atu timah yang tidak diperlukan atas strip board. Lebihan timah tersebut perlu dicairkan dahulu menggunakan soldering iron sebelum boleh disedut oleh sucker. Semakin besar saiz sucker, semakin baik hasil yang boleh diperolehi dari penggunaannya.


7. Bod Litar

Bod litar adalah bod yang di gunakan untuk memasang komponen bagi melaksanakan sesuatu projek elektronik. Pada setiap bod terdapat lubang yang berfungsi untuk meletakkan komponen yang dipasang.

8. Dawai Timah

Dawai timah diperlukan apabila proses memateri dilaksanakan. Soldering iron digunakan untuk mencairkan dawai timah ini seterusnya memateri. Saiz dawai timah akan mempengaruhi kekemasan dan kebersihan sesuatu hasil kerja.


9. Wayar

Terdapat pelbagai jenis wayar dalam pasaran antaranya wayar kuprum berenamel, wayar tiga teras, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal dan wayar teras kembar. Setiap jenis wayar ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Wayar-wayar ini digunakan dalam pendawaian litar dan penyambungan kepada peralatan elektrik.

Wayar Kuprum Berenamel

Wayar ini disalut dengan lapisan enamel. Ia digunakan untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.

Wayar Lembar Tunggal

Ia digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan komponen elektronik.

Wayar Teras Tunggal

Terdapat dua bentuk wayar teras tunggal iaitu :

Lembar wayar halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian elektrik seperti radio dan pembesar suara.

Lembar wayar kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.

Wayar Teras Kembar

Wayar ini digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu, peti suara radio dan television. Wayar ini terdiri daripada dua wayar tunggal yang dicantumkan sekali. Ia juga digunakan untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja.

Elektrik dan Elektronik

Elektrik dan elektronik merupakan salah satu komponen dalam kursus Kemahiran Hidup. Komponen ini memerlukan para pelajar melaksanakan projek amali individu. Melalui projek yang dihasilkan ini ia bukan sahaja dapat membimbing pelajar mengenali dan memahami dengan lebih jelas pelajaran yang diajar malahan dapat menilai dan mengetahui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN DI BENGKEL

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum memasuki bengkel.

2. Elakkan daripada membawa minuman atau makanan semasa melaksanakan kerja.

3. Memakai pakaian yng sesuai semasa berada di dalam bengkel.

4. Sebelum memulakan kerja pastikan bahawa kawasan kerja adalah bersih dan tidak berbahaya.

5. Pastikan tangan adalah kering sebelum memulakan kerja.

6. Pastikan Test Pen boleh digunakan dan lampu ujiannya tidak rosak.

7. Pastikan setiap peralatan yang digunakan adalah tidak rosak.

8. Lakukan kerja mengikut prosedur yang betul dan pastikan pemasangan adalah betul.

9. Gunakan peralatan yang sepatutnya semasa melaksanakan kerja.

10.Pastikan sentiasa bertanya rakan dan pensyarah sekiranya timbul sebarang masalah /kekeliruan

11. Uji hasil kerja mengikut prosedur yang betul.

12.Setiap peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempatnya semula selepas digunakan.

13.Pastikan kawasan kerja bersih dan kemas dan matikan semua suis elektrik sebelum meninggalkan bengkel.


Tuesday, April 14, 2009

Ciri-ciri ikan hiasan..
















Jenis-jenis Ikan Hiasan

Ikan Arowana
Ikan Angle








Ikan Lampam

Ikan Guppy










Ikan Oskar


Ikan Koi









Ikan Pelaga

Ikan Tiger Barb











Ikan Emas

Ikan Flower Horn

Sunday, April 12, 2009

Bahagian Luar Ikan

Fungsi Bahagian Luar ikan

1. Mulut - untuk makan
2. Sisik - Melindungi badan ikan dari penyakit dan kecederaan
3. Sirip Dorsa - Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah
4. Sirip Anal - Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah
5. Mata - Melihat
6. Penutup Insang - Melindungi insang yang menyedut oksigen
7. Sirip Pektoral - Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan
mengapung badan ikan.
8. Sirip Pelvik
- Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan
mengapung badan ikan.
9. Dubur - Mengeluarkan najis
10.Sirip kaudal - Mengawal pergerakan ikan ke hadapan

Thursday, April 9, 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN








Menteri Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin



Timbalan Menteri

Datuk Dr Wee Ka Siong






Timbalan Menteri

Dr. Mohd Puad Zarkashi


Wednesday, April 8, 2009

Jenis pokok tanaman hiasan


MARI MENYANYI.

IKAN KEKEK MAK ILOI ILOI
IKAN GELAMA MAK ILAI-ILAI
DAPAT ISTERI CANTIKNYA AMBOI
TAPI KETAWA MENGILAI-NGILAI
MARI BELAJAR SAMBIL MENYANYI
IKAN HIASAN KITA PELAJARI
IKAN PELAGA IKAN GUPPY
IKAN EMAS CANTIK SEKALI
IKAN HIASAN..
IKAN HIASAN..
IKAN HIASAN..
IKAN HIASAN..

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

Selamat datang...

TAHUKAH ANDA !!!

TAHUKAH ANDA !!!
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut: • Jika anda batuk atau bersin: • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan • Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan. • Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit. • Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda. • Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1. lindungi diri anda di tempat berisiko tinggi seperti di tempat awam