1. Pena Ujian
2. Pemotong wayar (cutter)
3. Playar Muncung Tirus (long nose player)
Playar ini digunakan untuk memotong wayar dan kaki komponen. Ia juga digunakan untuk membentuk kaki komponen dan muncungnya yang tirus digunakan untuk mengambil dan memegang objek yang kecil di ruang yang sempit.
4. Penjalur Wayar
Alat ini mempunyai dua bahagian yang berbeza fungsi. Mata pemotong dawai digunakan untuk memotong wayar atau dawai dan rahang menanggalkan penebat untuk menjalur wayar/membuang penebat wayar dengan kemas.
5. Pematri (soldering iron)
Merupakan alat yang penting untuk mamateri kaki komponen yang dipasang pada strip board. Soldering iron yang baik adalah yang mempunyai hujung besi yang tirus atau tajam dan kecil. Ini bertujuan bagi mendapatkan hasil kerja yang baik dan kemas. Soldering iron menggunakan voltan 240VAC untuk berfungsi.
Sucker digunakan untuk menyedut lebihan timah atu timah yang tidak diperlukan atas strip board. Lebihan timah tersebut perlu dicairkan dahulu menggunakan soldering iron sebelum boleh disedut oleh sucker. Semakin besar saiz sucker, semakin baik hasil yang boleh diperolehi dari penggunaannya.
Bod litar adalah bod yang di gunakan untuk memasang komponen bagi melaksanakan sesuatu projek elektronik. Pada setiap bod terdapat lubang yang berfungsi untuk meletakkan komponen yang dipasang.
Dawai timah diperlukan apabila proses memateri dilaksanakan. Soldering iron digunakan untuk mencairkan dawai timah ini seterusnya memateri. Saiz dawai timah akan mempengaruhi kekemasan dan kebersihan sesuatu hasil kerja.
Terdapat pelbagai jenis wayar dalam pasaran antaranya wayar kuprum berenamel, wayar tiga teras, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal dan wayar teras kembar. Setiap jenis wayar ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Wayar-wayar ini digunakan dalam pendawaian litar dan penyambungan kepada peralatan elektrik.
Wayar Kuprum Berenamel
Wayar ini disalut dengan lapisan enamel. Ia digunakan untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.
Wayar Lembar Tunggal
Ia digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan komponen elektronik.
Wayar Teras Tunggal
Terdapat dua bentuk wayar teras tunggal iaitu :
Lembar wayar halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian elektrik seperti radio dan pembesar suara.
Lembar wayar kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.
Wayar Teras Kembar
Wayar ini digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu, peti suara radio dan television. Wayar ini terdiri daripada dua wayar tunggal yang dicantumkan sekali. Ia juga digunakan untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja.


No comments:
Post a Comment