Dulu dia pegang rotan kau kata dia GARANG. Bila dia lambat masuk kelas, kau kata dia MALAS. Bila dia marah-marah kau kata dia MELAMPAU. Kini kau adalah DIA.. Selamat Hari Guru..
Apakah Kemahiran Hidup ..
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan.
Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.
P & P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran ini bercorak teori dan amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia (tahun 4, 5 dan 6).
Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut: • Jika anda batuk atau bersin: • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan • Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan. • Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit. • Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda. • Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1. lindungi diri anda di tempat berisiko tinggi seperti di tempat awam
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
FAKTA IKAN
Ikan emas ialah satu-satunya ikan yang boleh melihat cahaya inframerah dan ultraungu. Ikan emas boleh membesar hingga 23 inci panjangnya dan 99 paun berat.
Ikan..
Semasa Dinasti Tang, penternakan ikan kap di dalam kolam-kolam adalah amat popular. Disebabkan oleh mutasi genetik dominan, salah satu daripada ikan-ikan kap itu menonjolkan warna "emas" atau jingga/kekuningan dan bukannya warna memutih.
Terdapat banyak ikan mas yang berwarna jingga dan bukannya kuning, walaupun jenis yang berwarna kuning adalah lebih mudah untuk diternakkan.
Kod Warna Perintang
Gambarajah yang berikut menunjukkan jalur-jalur warna perintang yang mempunyai nilai rintangan yang berbeza. Kebiasaannya perintang tetap yang digunakan mempunyai empat jalur warna yang berbeza di badannya. Setiap jalur warna ini perlu diterjemahkan kepada angka atau nombor melalui kaedah pengiraan tertentu bagi mendapatkan jumlah nilai rintangan pada perintang tersebut.
No comments:
Post a Comment